Dalam dunia fesyen yang semakin berkembang pesat, jenama tempatan membuktikan bahawa keindahan luaran boleh disertai dengan nilai kemanusiaan yang mendalam. Tudung edisi khas ‘Azizah’ dan ‘Nurul’, bukan sahaja direka dengan penuh gaya dan keselesaan, tetapi juga membawa misi yang jauh lebih besar – membantu mereka yang memerlukan.
Diperbuat daripada Cotton Voile berkualiti tinggi yang ringan dan selesa dipakai, setiap pembelian tudung ini akan menyumbang secara langsung kepada MAHAR (Malaysian Humanitarian Aid and Relief Centre). Hasil jualan akan disalurkan sebagai bantuan kemanusiaan, khususnya bagi meringankan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin yang sedang diuji.
Kempen ini membuktikan bahawa fesyen boleh menjadi medium untuk menyampaikan mesej kasih sayang, empati dan solidariti sejagat. Dalam masa yang sama, ia membuka ruang kepada pengguna untuk turut menyumbang dalam bentuk yang paling mudah – dengan membeli sesuatu yang mereka suka, sambil menyokong perjuangan kemanusiaan.
Setiap tudung bukan hanya menutup aurat, tetapi juga membuka peluang untuk membantu. Jadikan pembelian anda kali ini lebih bermakna.
Artikel ini dipetik dan diolah dari: OHBULAN! Facebook
Tags: